Manfaat Biji Kurma

 

Bulan Ramadan adalah penghulu segala bulan di mana bulan suci ini Allah menjanjikan pelbagai ganjaran yang hebat kepada hambaNya jika melakukan ibadat dan berbuat kebaikan.Ramadan pasti secara ironinya kita umat Islam tidak dapat dipisahkan dengan tamar atau pun kurma. Buah kegemaran Rasulullah ini pasti terjual di mana-mana sahaja pada bulan Ramadan terutamanya pasaraya dan bazar Ramadan.

Buah hebat ini mempunyai pelbagai khasiat kepada manusia seperti memberi tenaga segara kepada kita, Kaya dengan serat dan potassium, menajamkan ingatan, penawar racun, mengubati penyakit usus mahupun sembelit dan pelbagai lagi jika kita kerap mengamalkan pemakanan buah ini.Tetapi tahukah anda bukan isi buah ini saja mempunyaikhasiat hebat malahan bijinya juga mempunyai khasiat yang hebat.

Bagaimana hendak memakan biji kurma ini untuk mendapatkan khasiatnya?

Pasti anda pernah dengar kopi biji kurma?

tidak susahkerana kopi biji kurma ini ada boleh lakukan sendiri dirumah kerana prosesnya begitu mudah.
ikuti cara-cara ini:
1. Basuh biji kurma tersebutdan toskan.

2. Ratakan di dalam dulang kemudian jemur seharian dibawah cahaya matahari.

3. Kemudian bila sudah kering, goreng biji kurma tersebut dalam kuali tanpa minyak. Goreng sehingga hangus dan mengeluarkan aroma seperti kopi.

4. Tumbuk atau blender biji kurma berkenaan dan terhasillah serbuk kopi yangsedia dibancuh untuk di minum.

Antara kebaikan dan khasiat kopi biji kurma:

1. Memberi tenaga segera

2. Memulihkan tenaga Syahwat

3. Menyembuhkan kencing manis

4. memberi tenaga kepada lelaki dan wanita

5. Menghilangkan letih dan lesu

6. Menghangatkan badan

7. Mengendorkan saraf yang tegang

8. Menyembuhkan kanser, keputihan, gatal-gatal dan masuk angin

9. Menyembuhkan sakit perut

10. menyegarkan badan/tidak mengantuk

11. Menyembuhkan darah tinggi, kolesterol, strok dan goutt

12. Menyembuhkan sakit kepala/ migrain

13. Melancarkan peredaran darah

Berikut adalah komposisi kimia dan nutrisi dalam biji kurma:Kelembaban 7.17 – 9 %

Protein1.82 – 5.2 %

Lemak 6.8 – 9.32 %

Karbohdrat 65.5%

Serat6.4 – 13.6 %

Abu, Sterol & Estrone 0.89 -1.57 %

Polisakarida Larut Alkali 0.89 – 1.57 %

Minyak Kuning-hijau 6 – 8%

Kandungan Asid Lemak Minyak Kuning-hijauLauric, 8%; myrictic, 4%; palmitic, 25%;Stearic, 10%; oleic, 45%; Linoleic, 10%; juga terdapat kandungan asid kaprilik & kaprik.

Asid OksalatJulat sehingga 56%

Selain itu kopi biji kurma ini bukan sahaja untuk diminum, serbuk biji kurma ini boleh dijadikan scrub untuk melembutkan kulit.

Campurkan serbuk kopi biji kurma ini dengan madu sebelum sapukan. Jika mengalami masalah kulit kepala yang teruk atau rambut gugur, ambil serbuk kopi biji kurma ini campurkan dengan minyak zaitun, amalkan setiap hari sebelum tidur. Insya Allah hasil yang menakjubkan akan anda perolehi. Nampaknya begitu banyak khasiat biji kurma ini. SK sendiri pun selama ini tidak tahu akan kehebatan biji kurma ini. Jadi Sahabat-sahabat Sk semua bolehlah cuba membuat kopi ini sendiri kerana tidak rugi malahan berbaloi dengan khasiat yang bakal kita perolehi. -Siakapkeli.my

Manfaat Biji Kurma 4.5 5 Mustika Nata Tunggal Bulan Ramadan adalah penghulu segala bulan di mana bulan suci ini Allah menjanjikan pelbagai ganjaran yang hebat kepada hambaNya jika melaku...


Tidak ada komentar:

Posting Komentar